Resepi Churros Lembut Sukatan Cawan. Sebelum ni saya meniaga Churros. Sekarang dah tak jual lagi, ada sebab-sebab tertenu yang tidak dapat dielakkan. Kawan-kawan nak resepi churros saya? Tiada masalah. Boleh tengok resepi churros kat bawah ni. Semoga bermanfaat.

Resepi Churros Lembut Sedap Senang Ringkas
Resepi Churros Lembut


Resepi Churros Gebu Mudah Lembut Sedap Senang

Bahan Untuk Buat Churos :
  1. 2 1/2 cawan air
  2. 2 sdb gula
  3. secubit garam
  4. 2-3 sdb butter
  5. 2 cawan tepung
  6. 1 sdk esen vanila
  7. 2 biji telur
  8. Jom follow fb kami di https://www.facebook.com/resepisimple

Churos Resepi Dan Cara Masak

1. Didihkan air, gula, garam dan butter. 
2.  Kacau sikit. 
3. Perlahan kan api, masukkan tepung. Kacau cepat-cepat sampai tepung sebati 
4. Kemudian, tutup api. 
5. Biarkan lima minit bagi sejuk sikit. 
6. Masukkan telur dan esen vanila (saya guna mixer). 
7. Panaskan minyak, pipekan dan goreng.

Dah siap goreng, tunggu sejuk sikit. Selepas itu, boleh taburkan icing sugar serta letak topping. Saya guna nutella. Siap dan boleh dihidangkan kepada ahli keluarga. Selamat mencuba.

> Resepi Churros Tanpa Telur