Resepi Bubur Biji Nangka Kelantan Terengganu Mudah. Siap juga akhirnya kue biji nangka untuk makan petang. Punyalah lama beli barang, hari ini baru sempat nak buat. Oh ya, kawan-kawan semua sila ambil perhatian sekejap kerana saya ingin memperkenalkan kuih lama yang diberi nafas hipster iaitu Kuih Candy Cruch Saga Butir Nangka.

Resepi Bubur Biji Nangka
Resepi Bubur Biji Nangka Sedap

Resepi Bubur Butir Nangka Sedap Mudah Ringkas Best

1.  Bahan untuk buat biji nangka candy crunch :
  1. Sekampit tepung pulut
  2. Air Masak
  3. Pewarna

Cara Buat Kuih Butir Nangka
  1. Bancuh tepung sehingga jadi doh (  Doh jangan lembik dan jangan keras sangat )
  2. Bentuk kan macam biji nangka
  3. Didihkan air dalam periuk
  4. Masukkan doh yang telah dibentuk tadi
  5. Bila doh dah masak atau timbul, angkat dan letak dalam bekas berisi air masak
  6. Asingkan seketika


2.  Bahan untuk buat kuah biji nangka :
  1. Sekotak santan
  2. Dua helai daun pandan
  3. Garam secukup rasa
  4. Secawan gula
  5. Dua cawan Air
  6. Satu sudu kecil halba.
Cara Buat Kuah Butir Nangka
  1. Masukkan semua dalam periuk, pakai api sederhana. 
  2. Kacau agar tidak berketul
  3. Bila dah mendidih atau menggelegak
  4. Tutup api.
Cara Buat Bubur Biji Nangka

  1. Masukkan biji nangka yang telah anda asingkan tadi ke dalam kuah tersebut
  2. Kacau-kacau sikit
  3. Siap
Sekarang dah boleh hidangkan kue biji nangka untuk santapan ahli keluarga atau tetamu yang berkunjung ke rumah. Selamat mencuba.