Resepi Biskut Semperit Susu Sukatan Cawan. Kalau ada yang minta cadangan dari saya tentang resepi biskut raya mudah dan cepat nak buat saya untuk hari raya, saya terus akan cadangkan resepi biskut raya sukatan cawan iaitu semperit susu. Mesti ramai peminat biskut semparit yang gebu, lembut, rangup dan lemak berkrim ni kan. Jom belajar buat biskut semperit susu sendiri :

Resepi Semperit Susu Sukatan Cawan
Semperit Susu Sukatan Cawan



Resepi Kuih Semperit Susu Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi biskut semperit simple :
  1. Dua ratus lima puluh gram butter (satukan )
  2. Setengah cawan susu pekat manis (satukan )
  3. Pewarna kesukaan (satukan )
  4. Dua sudu besar tepung kastard
  5. Empat Suku cawan tepung jagung
Cara Buat Biskut Semperit Susu

Cara cara membuat biskut semperit susu :
  1. Masukkan semua bahan yang bertanda (satukan ), dan kacau sampai sebati pakai senduk).
  2. Masukkan dua sudu besar tepung kastard, dan kacau lagi.
  3. Masukkan pula, empat suku cawan tepung jagung, uli hingga sebati.
  4. Terap dan biarkan 20 minit dan bakar menggunakan api atas dan bawah.
  5. Suhu 180* selama 20 hingga 25 minit atau sampai masak.
Adunan mestilah agak lembut, jika keras tambah butter tapi kalau adunan lembik, jangan awak tambah tepung, biarkan adunan sekejap dan bolehlah diterap). Selamat mencuba.

> Resepi Biskut Semperit Susu Sukatan Cawan Guna 3 Bahan