Resepi Ayam Goreng Berempah Serat Rangup Tidak Bergumpal. Setiap kali bulan ramadhan, saya akan meniaga Nasi Ayam Berempah.. Ramai pelanggan yang tanya macamana nak jadikan serat-serat tu rangup dan tak bergumpal? Jom saya kongsi cara buat ayam goreng berempah.

Resepi Ayam Goreng Berempah Serat Rangup Tidak Bergumpal
Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah Crispy Simple Sedap Mudah

Bahan Untuk Buat Ayam Berempah :

  1. Ayam ( saya selalu potong kepada empat bahagian )
  2. Satu sudu serbuk kari
  3. Satu sudu tepung beras
  4. Satu sudu tepung jagung
  5. Garam secukup rasa
  6. Ajinamoto secukup rasa (bahan perasa lain pun boleh contoh hilal  dan sewaktu denganya )

Bahan untuk dikisar :

  1. Sebiji bawang besar
  2. Tiga ulas bawang putih
  3. Dua inchi Halia,
  4. Dua incih lengkuas
  5. Serbuk cili atau cili kering,
  6. Tiga batang serai,
  7. Sesudu ketumbar
  8. Tiga biji buah keras ( tak letak pun takpe )
  9. Dua biji telur
  10. Air asam jawa
Kisar semua bahan diatas, kalau boleh jangan masukkan langsung air sebab kita tak nak ayam berair sangat.

Cara Buat Ayam Goreng Berempah


  1. Gaul rata bahan kisar dengan ayam
  2. Masukkan serbuk kari, garam,daun kari, gula,tepung beras, tepung jagung dan ajinamoto.
  3. Perap ayam selama 30 minit dan keatas
  4. Goreng pakai api sederhana dan tutup guna penutup periuk masa mula menggoreng
  5. Dua hingga tiga minit sebelum angkat mesti buka tutup periuk. Cara ni bagi mendapatkan ayam yang rangup di luar dan berjus di dalam..

Bagi mendapatkan serat yang garing seperti dalam gambar, apabila sudah siap goreng ayam. Ambil serdak-serdak ayam goreng tadi yang tinggal dan goreng pakai api sederhana.. Kacau-kacau serdak ayam goreng tersebut agar tak berketul dan bergumpal. Angkat terus, bila dah garing.dan tabur pada ayam goreng tadi.

> Resepi Ayam Goreng Berempah Mamak Warna Merah