Cara Share Kredit Celcom Yang Betul Dan Mudah. Berikut merupakan perkongsian tentang cara share kredit celcom dengan betul dan mudah. Diharap maklumat mengenai tutorial cara share kredit celcom dibawah dapat memberi sedikit manfaat kepada anda. Jangan lupa bantu kami kongsikan maklumat ini kepada yang lain dengan klik pada simbol g+1 atau share dimana-mana laman sosial milik anda. 


Cara Share Kredit Celcom

Cara Share Credit Celcom Dengan Betul

Tutorial cara share kredit celcom RM1 hingga RM10 :


  1. Buka SMS
  2. Taip jumlah yang anda nak share. Mulakan dengan RM. Contoh RM1
  3. Kemudian letak nombor satu ( 1 ) dihadapan nombor telefon si penerima.
  • Contoh taip RM1 dan send kepada 10123456789

Untuk share kredit celcom RM11 dan keatas, anda boleh rujuk atau klik sini


Tunggu maklum balas dari celcom untuk mengetahui samada transaksi pemindahan kredit anda berjaya atau tidak.Biasanya berjaya kecuali kalau server celcom ada ganguan. Celcom menawarkan perkhidmatan share kredit ini hanya dua kali dalam sehari. Maksudnya, anda hanya boleh transferkan kredit anda sebanyak dua kali dalam satu hari.


Cara Minta Kredit Celcom Dari Kawan

  1. Buka SMS
  2. Taip RQ jarak RM ( jumlah yang anda nak minta, tak lebih pada RM10 ) jarak KATA LALUAN
  3. Lepas tu letak nombor satu ( 1 ) kat depan nombor telefon yang anda nak minta kredit.
  • Contoh taip RQ RM4 CARARESEPI dan hantar ke 10123456789

Tunggu maklum balas dari tuan nombor yang anda minta dan pihak celcom. Kalau tuan nombor tu setuju, jumlah yang anda minta akan dikreditkan ke dalam nombor telefon anda. Dan, sebaliknya. Sama macam perkhidmatan share kredit celcom, perkhidmatan minta kredit pun anda hanya dapat lakukan dua kali dalam sehari. Jadi, gunakannya dengan sebaik mungkin.