Cara Buat Sekaya Pandan. Malam ini saya nak tunjukkan kepada kawan-kawan cara buat sekaya secara homemade kaya. Sedap, bersih, selamat tiada pengawit dan halal.

Resepi Sekaya Pandan
Resepi Sekaya Pandan


Resepi Sekaya Pandan Sukatan Cawan Simple Mudah Sedap


  1. Satu cawan gula pasir
  2. Satu cawan air

Buatkan jadi gula hangus dan sejukkan


  1. 3 biji telur ( kisar )
  2. Satu cawan gula pasir  ( kisar )
  3. Satu cawan santan pekat, ( kisar )
  4. Dua sudu tepung jagung  ( kisar )
  5. Satu sudu kecil pandan paste (.sebab tu warna dia tak coklat macam biasa tapi kalau nak biarkan coklat masukkan daun pandan pun cukup )
Kisarkan semua bahan yang bertanda kisar. Kemudian campurkan ke dalam air gula hangus yang telah sejuk.Kacau diatas dapur guna api kecil sampai pekat. Siap.